KESUKARAN mencari perancang perkahwinan yang menyediakan pakej lengkap ketika melangsungkan majlis pernikahan kira-kira dua tahun lalu memberikan idea kepada sepasang suami isteri Muhammad Azim Ishuddin dan Idayu Ideris untuk menubuhkan The Wedding Heritage (TWH). TWH yang beroperasi sejak tiga tahun lalu menyediakan perkhidmatan perkahwinan lengkap bermula daripada lokasi, katering, busana, solekan, gubahan hantaran dan pelamin, jurugambar, makan beradab serta cenderamata. Idayu, 27, selaku Pengarah Urusan TWH berkata, pakej lengkap seperti…










