ARAU 23 Sept. – Pakatan Harapan dijangka membentuk kerajaan di Perlis apabila kebanyakkan wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan tersebut selepas dikatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man. WAN SAIFUL WAN JAN Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Wan Saiful Wan Jan yang turut memaklumkan pemimpin-pemimpin terbabit telah mengadakan pertemuan dengan beliau dan kepemimpinan…










