LONDON – Seorang pakar pemetaan dari United Kingdom (UK) mendakwa dia menemui pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dengan menggunakan aplikasi peta, Google Maps, lapor sebuah akhbar semalam. Ian Wilson percaya bahawa bangkai pesawat yang membawa 239 orang itu berada jauh di dalam hutan tebal di Kemboja. Wilson merancang untuk mengembara ke lokasi tersebut bagi membuktikan kebenaran teorinya. Pesawat malang itu berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac…










