Pahang tubuh PIC - Utusan Malaysia

Pahang tubuh PIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 17 Sept. – Kerajaan negeri meluluskan penubuhan Pahang Investment Corporation (PIC) sebagai langkah strategik untuk penstrukturan dan me­ningkatkan prestasi anak-anak syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.

WAN ROSDY

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan berkenaan adalah langkah permulaan bagi penubuhan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang bakal menjadi badan utama dalam memacu pemba­ngunan, pengurusan aset serta pelaburan negeri ini selain sebagai pusat sehenti kepada lebih 40 GLC negeri.

“Dengan meletakkan syarikat ini di bawah satu bumbung, saya yakin ia dapat memudahkan kerajaan negeri memantau prestasi berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan di samping memberi khidmat nasihat kepada mereka untuk membuat pelaburan yang betul dengan pulangan yang menjanjikan keuntungan,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Wan Rosdy, fungsi PIC adalah termasuk mengenal pasti sektor-sektor baharu untuk dibangunkan, memastikan tiada pertindihan fokus perniagaan antara GLC melalui pe­ngasingan perniagaan dan memastikan setiap GLC berdaya saing untuk menjana pendapatan yang kukuh serta berterusan kepada kerajaan negeri.

Kata beliau, selain GLC dan kerajaan nege­ri, rakyat negeri ini turut menerima manfaat daripada penubuhan PIC setelah GLC berkenaan dikemas kini serta distrukturkan.

“Semoga penubuhan PIC memberi manfaat kepada rakyat dalam langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi Pahang, Insya-Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN