Ops Catut 5.0: 28 notis dikeluarkan di P.Pinang - Utusan Malaysia

Ops Catut 5.0: 28 notis dikeluarkan di P.Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 6 Sept. – Sebanyak 28 notis dikeluarkan kepada pengilang, pemborong dan peruncit di negeri ini di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kerana menaikkan harga barang tanpa kebenaran.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, notis itu dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Catut 5.0 yang bermula 8 Ogos lalu hingga semalam.

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 12 premis melibatkan sektor pengilangan diperiksa membabitkan 179 jenis barangan termasuk makanan, pakaian, barangan elektrik serta perabot.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut diperiksa ialah 16 premis melibatkan pemborong dan pembekal serta 461 premis peruncitan yang melibatkan 13,622 jenis barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyertai Ops Catut 5.0 bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri di dua lokasi iaitu di Torto Food Industries Sdn. Bhd. dan pusat servis kenderaan Audi di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kastam negeri, Datuk Saidi Ismail.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini