BAU – Operasi mencari seorang lelaki berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang di atas Gunung Singai di sini semalam diteruskan pagi ini tetapi setakat ini mangsa masih belum ditemui. Menurut komander operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Hirwandy Sarbini, setakat pukul 1 tengah hari ini operasi mencari masih diteruskan walaupun hujan di sekitar Gunung Singai. Mangsa, Stanley Kho dilaporkan hilang atas gunung berkenaan sejak petang semalam.…










