SUASANA bilik darjah Sekolah Kebangsaan Brickfields 1, Brickfields, Kuala Lumpur begitu ceria dengan telatah kira-kira 200 orang murid tahun tiga, empat dan lima. Masing-masing kelihatan teruja menyanyi lagu berkisarkan kesihatan dan pemakanan sihat yang dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator. Itu adalah sebahagian pengisian program Nestle untuk kesihatan kanak-kanak (N4HK). Ia merupakan sebahagian inisiatif Nestle dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sihat, kesihatan dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak…










