KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (gambar) memberi bayangan bahawa beliau kurang berminat untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan. Jelas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau lebih tertarik untuk menjadi individu yang akan menasihati kepimpinan tertinggi negara dan memastikan mereka tidak tergelincir daripada melaksanakan amanah rakyat. “Apabila memegang kuasa, kita memikul amanah dan bukan pangkat. Rakyat mahukan pemimpin terbaik dan saya tidak melihat…










