NEW YORK 6 Sept. – Tenis Jepun memahat sejarah terbesar mereka hari ini apabila Kei Nishikori dan Naomi Osaka melangkah ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS). Ini kali pertama Jepun memiliki dua wakil serentak dalam acara perseorangan lelaki dan wanita pada kejohanan Grand Slam. Pencapaian terbaik negara itu sebelum ini adalah pada Wimbledon 1995 apabila Shuzo Matsuoka dan Kimiko Date layak ke suku akhir. Nishikori, 29, yang dilatih oleh…










