Nik Amlizan CEO baharu LTAT - Utusan Malaysia

Nik Amlizan CEO baharu LTAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 7 Sept. – Nik Amlizan Mohamed dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan bekas Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) itu bagi menggantikan Tan Sri Lodin Wok Kamarudin yang telah meletakkan jawatannya pada 30 Ogos lalu.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Lembaga Pengarah LTAT.

“Saya bersetuju di atas syor Lembaga Pengarah LTAT pada 30 Ogos lalu untuk melantik Nik Amlizan bagi menggantikan Lodin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Amlizan sebelum ini juga merupakan Ahli Lembaga Prima Ekuiti (United Kingdom) Ltd, anak syarikat milik penuh KWAP, dan Ahli Jawatankuasa Pelaburan Valuecap Sdn. Bhd., i-VCAP Management Sdn. Bhd. dan Metropolitan Uxbridge Ltd di United Kingdom. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 23 APRIL 2018. Chief Investment Officer, Nik Amlizan Mohamed berucap pada sidang media tentang prestasi Kumpulan Wang Persaraan ( KWAP) pengumuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 di The Intermark di sini hari ini. GAMBAR/ MUHAIMIN MARWAN PEMBERITA/ ZUNAIDAH (UTUSAN) / JOHANNA (RENCANA KOSMO)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN