KUALA LUMPUR – Nik Amlizan Mohamed dilantik sebagai Ketua Eksekutif LTAT dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT yang baharu berkuat kuasa hari ini. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pelantikan itu hasil keputusan Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang bersidang pada 30 Ogos bagi membincangkan peletakan jawatan Tan Sri Lodin Wok Kamarudin serta cadangan pengganti beliau. “Saya telah bersetuju dan menetapkan Tan Sri Lodin bin Wok Kamarudin meletakkan jawatan…










