SEREMBAN 20 Sept. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang mengumpulkan pandangan, masalah dan harapan pengundi untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Pengerusi Waris Nismilan, Norazizi A. Aziz berkata, bagi tujuan itu seramai 100 sukarelawan telah digerakkan mulai semalam untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai lapisan masyarakat di Parlimen berkenaan. “Kami akan kumpulkan semua masalah dan keperluan rakyat di Port Dickson sama ada golongan nelayan, petani dan lain-lain lagi. Maklumat itu akan didokumentasikan dan diserahkan kepada Presiden PKR itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya