MENGGUNAKAN peminat untuk kelangsungan kerjaya seni itu satu pendekatan peribadi yang digunakan sesetengah artis untuk bertahan dalam industri. Ada di antara artis hanya berbuat baik ketika musim anugerah hiburan atau dijadikan ‘alat’ mengundi lagu. Pada masa lain, maaf cakaplah, mereka terus mengetepikan kelompok ini dan hanya akan berbuat baik semula apabila tiba musim baharu. Mendepani perkara ini, Khai Bahar tidak terkecuali terkena tempias. Khai dengan semberono dimasukkan dalam kategori…










