Neymar bijak 'gelecek' wanita - Utusan Malaysia

Neymar bijak ‘gelecek’ wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dinafikan pemain bola sepak menjadi gedung kegilaan wanita. Selain kehebatan di atas padang, mereka juga memiliki wajah yang tampan, tubuh badan menarik di samping memiliki aliran duit yang rancak.

Mempunyai pakej lengkap tersebut membolehkan mereka memanfaatkan peluang untuk menjadi playboy, antaranya Cristiano Ronaldo dari Portugal, Antonio Cassano (Itali), George Best (legenda Manchester Uni­ted) dan bintang sensasi Brazil, Neymar turut tidak terlepas.

Seperti bijak menggelecek pemain di atas padang, begitu juga bagi pemain termahal dunia itu atau nama penuhnya Neymar da Silva Santos Junior, bijak ‘menggelecek’ hati wanita.

Sejak bergelar pemain profesional, Neymar dikatakan telah menjalin hubungan lebih daripada 10 wanita dengan aktres model Brazil, Bruna Marque­zine merupakan yang terkini.

Bruna dan Neymar mula bercinta pada 2012, cuma hubungan tersebut melalui paras turun naik. Bruna merupakan aktres Brazil yang mula berlakon pada usia 5 tahun lagi. Pada 2013 kedua-duanya berpisah disebabkan salah faham yang berlaku

Bagaimanapun, hubungan mereka kembali terjalin selepas dilihat bersama menjelang Piala Dunia 2014 Brazil, namun terhenti sebelum berlangsungnya kejohanan tersebut.

Kedua-duanya membuat ha­la tuju sendiri sehingga Oktober 2016 mereka bersama semula sampai ke hari ini.

Bruna juga tiba di Rusia untuk melihat kekasihnya beraksi di Piala Dunia 2018 dengan aktres jelita tersebut memuat naik kata-kata semangat dan perangsang kepada Neymar menerusi Instagram.

“Ingat apa yang saya beri tahu awak. Jadilah kuat dan berani. Janganlah berkecil hati atau takut, kerana bagi saya, Tuhan sentiasa bersama di mana awak berada,” tulisnya sambil mengakhiri kata-kata tersebut dengan berkata: ‘Saya sayang awak, cinta hati saya’.

Antara bekas teman wanita yang dikaitkan dengan bintang tersebut itu seperti model Thaila Ayala, Andressa Suita, Laryssa Oliveira, Daniela Carvalho, Gabriella Lenzi; penyanyi Anitta; selebriti televisyen Nicole Bahls, Barbara Evans; penari Carol Abranches, Roberta Appratti; pakar kecergasan Mayra Cardi dan gadis pentas Carol Belli, yang mana kesemuanya dari Brazil.

Bukan setakat dari negara Amerika Selatan itu sahaja, Neymar pernah dikaitkan de­ngan model Serbia Soraja Vuce­lic, peguam Sepanyol Elisabeth Martinez dan aktres Amerika Syarikat Chloe Grace Moretz.

Hasil hubungan tersebut itulah, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dikurniakan cahaya mata, sekali gus menjadi bapa termuda ketika berusia 19 tahun.

Neymar menjadi bapa kepada David Lucca da Silva. Namun pemain kelahiran Mogi das Cruzes, Brazil itu pada awalnya merahsiakan ibu kepada bayi yang dilahirkan pada 24 Ogos 2011 itu atas alasan isu peribadi.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Neymar mendedahkan nama wanita terbabit iaitu Carolina Dantas, yang melahirkan anak ketika berusia 17 tahun.

Tidak banyak informasi tentang hubungan mereka, namun dilaporkan kedua-duanya tidak pernah bercinta, sebaliknya berlaku melibatkan ‘satu malam’. Pemain berusia 26 tahun itu tidak pernah tahu bahawa Carolina sedang mengandungkan anaknya.

“Saya tidak mahu bagi tahu Neymar bahawa saya sedang mengandung. Saya tidak tahu bagaimana untuk menceritakan kepadanya, atau apakah respon dia nanti. Tetapi Neymar adalah bapa kepada kandungan ini dan dia berhak untuk mengetahuinya.

“Bagaimanapun dia menguruskan saya dengan baik. Dia banyak membantu saya ketika saya hamil. Dia merupakan bapa yang hebat. Terima kasih Neymar,” kata Carolina.

Penyerang berjersi No. 10 itu juga berkata: “Pada mulanya saya gementar, namun kini saya menikmatinya (sebagai seorang bapa).

Masing-masing secara bergilir-gilir menjaga Lucca dari semasa ke semasa. Seperti ibu bapa yang bercerai, namun mereka tidak pernah berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN