BERPELUANG menemu bual dua legenda muzik tempatan, Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim umpama momen perkongsian ilmu berbaur nasihat daripada individu berpangkat datuk atau nenek kepada anak mahupun cucu-cucunya. Ia penuh dengan intipati berguna serta pesanan memberi kesan. Di atas pentas sidang akhbar bagi menguar-uarkan konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 yang bakal berlangsung di dua lokasi selanjutnya iaitu di Istana Budaya pada 6 Oktober depan dan…










