FAKTOR padang basah dilihat menjadi punca kekalahan 0-2 skuad Harimau Malaya kepada Taiwan pada aksi persahabatan di Stadium Municipal, Taipei City malam tadi. Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan, permukaan padang basah dilihat merencatkan persembahan menarik pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe (gambar kecil) yang lebih banyak menggunakan hantaran pendek. Pada aksi itu, skuad negara bermula dengan baik apabila melancarkan serangan yang diketuai kapten Harimau Malaya, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak. Bagaimanapun,…










