Najib terus asak Guan Eng - Utusan Malaysia

Najib terus asak Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengasak Lim Guan Eng dengan pelbagai soalan berkaitan ekonomi negara dan mempersoal sikap Menteri Kewangan itu yang mengelak daripada menjawabnya.

“Seperti dijangka semalam, Lim Guan Eng tidak mahu menjawab soalan-soalan saya,” katanya dalam hantaran terbaharu ke Facebook peribadinya hari ini.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

Katanya, “Guan Eng masih menegaskan bahawa saya tidak menjawab soalan dia maka dia tidak mahu menjawab soalan saya padahal saya secara jelas sudah jawab dalam perkara ke-10 dan 11 status saya semalam.

“Saya sudah jawab, adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat “buffer” dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan.

“Saya juga menjawab jika dakwaan Guan Eng itu benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, dia mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk beliau mendapatkan jawapan ke mana wang itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula? Siapa Menteri Kewangan Malaysia sebenarnya ini?”

Tambahnya, Guan Eng tidak sewajarnya menuding jari kepada beliau kerana enggan menjawab soalan berkaitan ekonomi negara yang penting serta perlu diketahui rakyat dan bukan satu permainan.

Malangnya, kata Najib, hal ehwal dan pengawalan ekonomi bukannya suatu permainan di mana sifat selalu salah dan hantam sahaja boleh diterima.

“Ia bukan satu permainan di mana apabila sudah ‘Game Over’ ia boleh “Continue” dengan menambah satu atau dua token lagi.

“Sebenarnya, soalan-soalan saya semalam hanya memerlukan jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja. Kalau Guan Eng tidak mampu menjawab, ada ramai pegawai-pegawai di dalam Kementerian Kewangan yang beliau boleh tugaskan untuk menjawab,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN