Najib pelik empat syarikat terbabit HSR dikatakan kroninya - Utusan Malaysia

Najib pelik empat syarikat terbabit HSR dikatakan kroninya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelik apabila empat syarikay yang terlibat dalam projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di katakan kroni beliau.

Katanya, keempat-empat syarikat berkenaan ialah Gamuda, MRCB, TH Properties dan YTL.

“Empat syarikat ini didakwa kroni saya terlibat dalam projek HSR ini ialah Gamuda, MRCB, TH Properties dan YTL.

“Pemegang saham terbesar Gamuda ialah KWSP selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW).

“KWSP juga pemilik saham terbesar MRCB manakala TH properties dimiliki Tabung Haji,” katanya dalam entri terbaharu di facebook beliau.

Najib berkata. YTL pula bukan terkenal sebagai ‘kroni’ ataupun proksi beliau tetapi sering dikaitkan dengan seorang individu lain.

Sebab itu beliau merasa pelik bagaimana keempat-empat  syarikat berkenan didakwa sebagai kroninya.

“Lagipun, tender HSR merupakan tender terbuka antarabangsa dibuat bersama Singapura dan juga akan ditimbang dan diputuskan bersama Singapura belum tutup lagi. Bagaimana pula Azmin Ali boleh menuduh bahawa ada banyak unsur rasuah dalam projek ini?

“Kepentingan saya dalam projek HSR hanya satu. Kerana saya percaya projek ini ada impak besar kepada masa depan dan ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara di mana ibukota untuk dua negara akan dihubungkan dan dapat saling merancakkan negara masing-masing.

“Saya harap rakyat boleh selidik dengan sedikit mendalam lagi dan tidak lagi mudah terperdaya dengan propaganda yang tidak berasas. Kita bukan ‘uneducated’ seperti digelar baru-baru ini oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.- UTUSAN ONLINE

Beliau mengulas dakwaan yang tular dalam media sosial, kononnya dirinya tidak gembira apabila projek HSR ditangguhkan kerana kroni-kroni terlibat dalam projek tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN