PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.97 bilion ke akaun peribadi beliau.
SPRM dalam satu kenyataan semalam memberitahu, penahanan ke atas Najib dibuat pada pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam.
Menurut SPRM, Najib bakal menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.
“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi pertuduhan di mahkamah,” kata SPRM.










