Najib bebas dengan ikat jamin RM3.5 juta - Utusan Malaysia

Najib bebas dengan ikat jamin RM3.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan ikat jamin RM3.5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 25 pertuduhan melibatkan penerimaan, penggunaan dan pemindahan wang haram ke entiti lain.

Mahkamah membenarkan Najib membayar ikat jamin itu secara ansuran selewat-lewatnya 28 September ini dengan dua penjamin.

Mohamed Nizar Mohd. Najib merupakan anak bekas Perdana Menteri itu dan Mohd. Shahrir Arifin akan membayar jaminan tersebut.

Bayaran ikat jamin itu akan dibuat esok sebanyak RM1 juta manakala selebihnya diselesaikan sebelum tarikh ditetapkan.

Najib, 65, berhadapan empat pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu, 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Bagaimanapun, Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapanya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib tidak mencadangkan sebarang ikat jamin namun atas budi bicara mahkamah pihaknya mencadangkan jaminan sejumlah RM5 juta dengan syarat tambahan.

Najib diwakili peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Hamidi Mohd Noh, Sarah Abishegam dan Wan Aizuddin.

Pihak pendakwaan pula diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Aaron Abhilash Paul Chelliah.

Mahkamah menetapkan 16 November depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN