SAMSUNG Galaxy Note9 kini tampil lebih berani dengan beberapa ciri penambahbaikan ketara terutama penawaran lebih menarik buat pengguna dari segi kuasa bateri, fungsi SPen dan ruang storan. Tiga perkara ini dilihat mengalami peningkatan amat signifikan dalam memberi nafas baharu kepada Note9 serta lebih pilihan kepada pengguna. Note9 masih mengekalkan beberapa ciri sedia ada pada Note8 seperti rintang air dan habuk (IP68), binaan menggunakan kaca Gorilla Glass 5 berserta bingkai aluminium,…










