MyKad siap dalam tempoh 45 minit melalui Bas Mobil JPN - Utusan Malaysia

MyKad siap dalam tempoh 45 minit melalui Bas Mobil JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui perkhidmatan Bas Mobil JPN kini mengeluarkan MyKad dalam tempoh 45 minit sehingga sejam, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Mohamad Razin Abdullah.

Beliau berkata, perkhidmatan perintis itu telah bermula Julai lalu membolehkan pelanggan membuat permohonan MyKad di bas berkenaan, dicetak dan diserahkan terus kepada pelanggan.

“Sebelum ini, pelanggan yang membuat permohonan melalui perkhidmatan Bas Mobil JPN yang akan ke lokasi-lokasi terpilih dan hanya boleh mengutip MyKad yang sudah siap di mana-mana cawangan JPN dalam tempoh lima hari,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kembara Mobile Hari Pendaftaran Negara 2018 di sini hari ini.

Beliau menambah perkhidmatan itu bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan jabatan itu kepada rakyat, selaras dengan slogan JPN Rakyat Di Hati JPN. 

Sementara itu, Mohamad Razin berkata, Program Kembara Mobil sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2018 pada 1 Oktober untuk memberikan perkhidmatan pendaftaran termasuk khidmat nasihat dan penyerahan dokumen pengenalan diri yang diproses. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN