SUBANG JAYA 4 Sept. – Jaringan peruncitan dan pemborong tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menjalin kerjasama dengan platform e-dompet tempatan, Boost bagi menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai di kesemua gedung beli-belah miliknya. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, sebanyak 75 gedung borong dan runcit Mydin serta kedai premium, Sam’s Groceria akan menerima bayaran melalui aplikasi Boost bermula hari ini. Katanya, kerjasama itu menyumbang kepada revolusi pengalaman beli-belah…










