KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memulakan siasatan terhadap beberapa syarikat tayar dan pengeluar minuman di Malaysia untuk menyemak kemungkinan perlakuan anti-persaingan. Siasatan dilakukan susulan arahan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berikutan pengeluaran notis kenaikan harga yang dikeluarkan oleh beberapa pemain industri pada bulan Julai dan Ogos 2018 sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September. Pengarah Bahagian…










