KUALA LUMPUR 28 Sept. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melantik Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md. Yunus dan Datuk Ir. Mohd. Jamal Sulaiman masing-masing sebagai Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya yang baharu. MyCC dalam kenyataannya berkata, Mohd. Hishamudin yang berkelulusan undang-undang daripada Universiti London adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan telah berkhidmat sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen. Menurutnya, beliau yang mempunyai pengalaman hampir 45…










