AMAL. Seramai 100 ahli My Alza Owners Club negeri Perak menganjurkan program amal sempena Hari Kebangsaan 2018 di rumah anak-anak yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak baru-baru ini. Program dengan kerjasama Jabatan Penerangan negeri Perak itu dimulakan dengan aktiviti seperti gotong-royong, pertandingan melukis dan tayangan filem kemerdekaan. Selain itu, beberapa sumbangan barangan keperluan dan kutipan derma ikhlas daripada ahli kelab kenderaan pelbagai guna Perodua Alza itu turut diserahkan kepada pihak pengurusan…










