Musa berlepas ke Kuala Lumpur malam ini - Utusan Malaysia

Musa berlepas ke Kuala Lumpur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dalam tempoh kurang sembilan jam tiba di Sabah bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dipercayai pulang semula ke Kuala Lumpur pada pukul 10 malam ini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Sibuga itu kelihatan tiba di Balai Pelepasan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lebih kurang 9.30 malam.

Beliau bersama rombongan dikatakan berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang menggunakan penerbangan khas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang baru pulang ke negeri ini dan mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga pada pukul 3.33 petang tadi perlu ke Kuala Lumpur bagi meneruskan rawatan susulan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini