KUALA LUMPUR 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Lim Guan Eng berhubung kenyataan Menteri Kewangan itu bahawa harga barangan naik selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) apabila secara sinis bertanyakan mungkinkah ada lagu mengenai sistem percukaian tersebut akan dinyanyikan selepas ini. Bekas Perdana Menteri berkata, sebelum ini pembantu Guan Eng iaitu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barang akan turun dengan…








