MUKMIM50, pelan pascabayar eksklusif tawar Khairat Premium - Utusan Malaysia

MUKMIM50, pelan pascabayar eksklusif tawar Khairat Premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – MUKMIM50 merupakan sebuah pelan pascabayar khas yang digabungkan bersama perlindungan insurans pada harga mampu milik tanpa mengetepikan ciri-ciri penting seperti kuota data yang tinggi serta panggilan tanpa had.

Menariknya, Khairat Premium yang turut ditawarkan bersama MUKMIM50 sekali gus membolehkan pelanggan mendapat khidmat pengurusan jenazah (muslim) secara professional dengan nilai RM2,000, kemalangan diri (RM10,000), infaq (RM100) serta khidmat nasihat pusaka secara percuma.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pelan pascabayar sebegini merupakan antara produk inovasi yang pertama di Malaysia.

“Lebih-lebih lagi, rakyat di negara ini menggunakan alat telekomunikasi sebagai medium utama dalam kehidupan seharian. Maka, pelan ini adalah sesuatu yang terbaik dan harus dimiliki.

“Pelan pascabayar MUKMIM50 ditawarkan kepada penjawat awam serta badan berkanun dengan harga RM50 berbanding sebelum ini, harganya adalah RM58 tanpa sebarang perlindungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama Strategik antara MyAngkasa Amanah Berhad, Redone Network Sdn. Bhd. serta My Khairat Management Services Sdn. Bhd.

Turut hadir, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail serta Naib Presiden Angkasa, Mohamad Azmi Omarudin dan Che Mohd. Shukree Che Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Nasir Khan Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif MyAngkasa Amanah Berhad, Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz.

Selain itu, rakan kerjasama, Ketua Pegawai Jualan redOne, Ben Teh serta Ketua Pegawai Eksekutif MyKhairat Management Services Sdn. Bhd., Mohd. Yusni Ismail turut bersama bagi menyempurnakan majlis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN