KUALA LUMPUR 22 Sept. – Seorang pengasas sebuah pusat tahfiz ditahan dalam satu serbuan di Kepong di sini selepas dipercayai melakukan gangguan seksual dan meliwat sembilan pelajar lelaki di pusat tersebut sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, sembilan pelajar terbabit yang berusia dalam lingkungan 12 tahun dipaksa suspek untuk melakukan perbuatan tidak senonoh bagi mengikut kehendak nafsu songsangnya. Sumber memberitahu, kejadian itu didedahkan beberapa tenaga pengajar di pusat tahfiz berkenaan. “Semua…










