KUALA LUMPUR 25 Sept. – MTD Group memperoleh kemudahan pembiayaan RM1.5 bilion bagi pembangunan bercampur One Crown Place di Shoreditch, London. TEE KIM SIEW Kemudahan tersebut diperoleh daripada dana pencen terbesar Australia, AustralianSuper dan TH Real Estate, satu daripada pengurus pelaburan hartanah terbesar dunia. Ketua Pegawai Kewangan MTD Group, Tee Kim Siew menyifatkan pemerolehan kemudahan itu merupakan kejayaan besar bagi syarikat, didorong kekuatan jenama MTD dan pihak di sebalik pembangunan…










