MPSJ tutup tapak sampah haram di Jalan Perindustrian Puchong - Utusan Malaysia

MPSJ tutup tapak sampah haram di Jalan Perindustrian Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


PUCHONG 5 Sept. – Sebuah tapak pembuangan sampah di atas tanah milik pemaju di Jalan Perindustrian Puchong, di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi secara haram.

Arahan penutupan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu dibuat selepas mendapati ia beroperasi tanpa kelulusan sehingga menyebabkan masalah pencemaran sehingga mengganggu kesejahteraan penduduk.

Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPSJ, Azlina Mat Salim berkata, tapak pembuangan sampah haram seluas 1.2 hektar itu disyaki beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPSJ telah mengeluarkan tiga kompaun kepada pemaju atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka, tidak mengawal tanah dan kerja tanah tanpa kebenaran dengan denda maksima sebanyak RM27,000.

“Kami juga mengarahkan pemaju supaya memasang pagar untuk menutupi kawasan dan membersihkan semula tapak pembuangan sampah haram ini,” katanya ketika ditemui dalam lawatan beliau bersama Ahli Majlis MPSJ zon 16, George Yap, di sini hari ini  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini