MPM jumpa PM isu rizab tanah Melayu tinggal 12 peratus - Utusan Malaysia

MPM jumpa PM isu rizab tanah Melayu tinggal 12 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Sept. – Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan penyusutan besar tanah rizab Melayu.

Ahli Lembaga Penasihat MPM, Tun Hanif Omar berkata, hasil siasatan yang dijalankan pihaknya sejak dua tahun lalu mendapati kini hanya tinggal 12 peratus sahaja tanah rizab Melayu di negara ini.

Menurutnya, angka itu jauh rendah daripada nisbah 50 peratus yang ditetapkan oleh wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPM yang diketuai oleh Pengerusi Biro Integritinya, Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan sedang menyiapkan kertas kerja untuk pertemuan itu.

“Sebaik sahaja kertas kerja itu siap nanti, kita akan menemui Perdana menteri dan Majlis Raja-Raja,” katanya ketika ditemui dalam majlis Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini