HO CHI MINH atau dipanggil dalam bahasa tempatan sebagai Saigon merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Pusat bandar yang terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong itu mempunyai iklim tropika. Pada musim sejuk, terdapat hanya sedikit hujan berbanding musim panas. Penulis berkunjung ke sana pada bulan lalu bersama ummi tercinta. Perkara utama yang penulis ambil berat ialah mempercepatkan waktu jam kerana di sana lambat satu jam.…










