ARAGON, Sepanyol – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez terus selesa mengemudi carta kedudukan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila melakar kemenangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland malam tadi. Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dilihat berpeluang untuk merangkul kemenangan pertama di Aragon selepas menguasai sepanjang perlumbaan, namun lima pusingan sebelum tamat, Marquez kembali memimpin saingan dengan menamatkan perlumbaan menerusi catatan 41 minit 55.949 saat. Lebih manis, ia adalah kemenangan…










