RAMAI yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan tugas yang amat mudah memandangkan jumlah murid di dalam kelas sekitar lima hingga 10 orang. Hakikatnya, tugas untuk mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa dan memerlukan perhatian khusus. Bagi Mohd. Reduan Daud, 30, kerjaya sebagai guru pendidikan khas merupakan impiannya sejak di bangku sekolah lagi. Jejaka kelahiran Besut, Terengganu itu mahu membuktikan bahawa dia…










