MENGHAMPIRI angka kutipan panggung RM40 juta, pengarah filem pecah panggung Hantu Kak Limah (HKL), Mamat Khalid tidak menyangka filem arahannya itu mendapat sambutan hebat daripada penonton tempatan. Kata Mamat atau nama lengkapnya, Mohamad Mohd. Khalid, beliau pada awalnya hanya menjangkakan filem itu akan mencatat kutipan tidak lebih daripada RM10 juta. “Pada mulanya saya menjangkakan hanya RM8 juta kutipan. Itu pun malu ingin beritahu orang. Apabila sudah lebih kutipan RM10juta, saya…










