Saudara Pengarang,KAMI penduduk Kampung Simpang Bekoh sudah berkali-kali buat permohonan kepada Utusan Malaysia, namun mengecewakan kerana pihak wartawan tidak memberi maklum balas. Kami penduduk berharap wartawan Utusan Malaysia turun padang melihat dan mendengar rintihan penyewa bangunan kedai papan usang 100 tahun yang dibina sebelum Merdeka di Pekan Simpang Bekoh. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan wakil Utusan Malaysia. Harap dipertimbangkan. PENDUDUK KG. SIMPANG Bekoh, Jasin, Melaka










