KUALA LUMPUR 5 Sept. – Jutawan bisnes katering, Mila Jirin, 31, dikejutkan dengan hadiah istimewa apabila menerima sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz S400 L yang dianggarkan bernilai hampir RM400,000. Berdasarkan entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Mila atau pemilik nama penuh Nursyarmila Jirin memberitahu dia menerima hadiah tersebut daripada suaminya, Ailis Mustapha. “Hadiah ini diterima semalam atas pencapaian saya sebagai seorang ahli perniagaan di bawah tunjuk ajarnya.…










