KUALA LUMPUR – Pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Hati Perempuan, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor kira-kira pukul 11.15 pagi tadi. Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi menerusi akaun Instagram miliknya. “Ia adalah bayi lelaki. Syukur isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami pada pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah…










