KUALA LUMPUR 3 Sept. – Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) menganjurkan persidangan insigHT 2018 selama dua hari yang akan membincangkan pelbagai topik, trend pasaran dan industri, gangguan digital dalam penjagaan pelancongan kesihatan serta peluang pasaran baharu di seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, persidangan kali ketiga itu menampilkan ahli panel dan penceramah industri tempatan serta antarabangsa terkemuka seperti Presiden Ilan Geva and Friends USA, Ilan Geva; Pengerusi…










