Stockholm – Syarikat Daimler AG memperkenalkan sebuah kenderaan Mercedes-Benz EQC yang berkuasa elektrik dan akan dikeluarkan pada tahun depan di Jerman.
Pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sekali gus mencabar pembuat kereta Tesla dari Amerika Syarikat (AS) yang turut mengeluarkan kenderaan elektrik.
Pameran kenderaan Mercedes-Benz EQC itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Daimler AG, Dieter Zetsche di Galeri Seni Artpelag, Gustavsberg, Stockholm, Sweden pada 4 September lalu.
Menurut Zetsche ketika melancarkan Mercedes EQC, beliau berharap kenderaan berkuasa elektrik akan mewakili 15 hingga 25 peratus daripada jualan syarikatnya menjelang tahun 2025.
Beliau juga mengaku Tesla akan menjadi saingan sengit kerana syarikat AS itu telah mencapai kejayaan memberangsangkan dalam pasaran kenderaan elektrik.
“Pemahaman saya ialah apabila kita mendengar pandangan orang awam dan pesaing kami bahawa sasaran (jualan kenderaan elektrik Mercedes-Benz) adalah agresif,” ujarnya.










