Menteri tunggu siasatan berhubung pembunuhan gajah liar di Sabah - Utusan Malaysia

Menteri tunggu siasatan berhubung pembunuhan gajah liar di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kementeriannya akan menunggu hasil siasatan kerajaan negeri Sabah berhubung pembunuhan gajah liar di negeri itu sebelum membuat kenyataan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung isu berkenaan.

Katanya, walaupun beliau sedih dan dukacita dengan kejadian itu, namun beliau tidak boleh menyalahkan peladang atau pekebun kecil mengenainya kerana belum ada bukti jelas yang mengaitkan pembunuhan gajah itu dengan pihak peladang atau pekebun kecil.

“Saya tidak ingin menyalahkan pekebun kecil atau peladang mengenai pembunuhan gajah itu kerana belum ada bukti. Jadi mari kita sama-sama tunggu laporan siasatan kerajaan negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teresa mengulas mengenai kebimbangan WWF-Malaysia berhubung kekerapan kes kematian gajah liar di Sabah kebelakangan ini. Mengikut Jabatan Hidupan Liar Sabah, untuk tahun ini sahaja, 26 ekor gajah dilaporkan mati dipercayai dibunuh dengan sebahagiannya mati disebabkan jangkitan pada luka yang terkena perangkap di bahagian kaki. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini