MENIKMATI keindahan alam semula jadi merupakan terapi yang amat baik apatah lagi jika kita berpeluang melawat Taman Negara yang merupakan warisan alam yang menjadi pilihan pelancong asing. Walaupun nasib tidak menyebelahi saya kerana tidak berpeluang melihat haiwan besar seperti tapir dan gajah di habitat semula jadi mereka, saya tetap berasa teruja apabila dapat melihat kongkang dan tupai terbang di waktu malam. Tidur malam saya turut terganggu apabila bunyi kuat kedengaran…










