MENJADI lumrah wanita gemar memasak. Tugas itu dibawa sehingga ke alam rumah tangga. Semoden mana pun seseorang gadis itu, mereka tidak dapat lari daripada tugas memasak. Apabila ia menjadi sesuatu yang digemari, maka tugas itu seronok dilakukan pada setiap masa. Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis moden, Nur Fazirah Mohd. Pajeri yang begitu menggemari memasak pada waktu senggang. Gadis ini berkata, paling membuatkan hatinya gembira adalah apabila masakannya dinikmati sehingga…









