SAUDARA PENGARANG, Jika melihat kepada data ekonomi dan fakta sosial, bukan setiap segmen masyarakat Melayu menikmati sepenuhnya apa yang dikatakan keistimewaan atau ‘tongkat’ diberi kerajaan. Penganalisis ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya, ‘Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia’ (2017) misalnya menyatakan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membolehkan semua kaum menikmati pertumbuhan pendapatan tinggi. DEB yang sebelum ini juga ditohmah sesetengah pihak kononnya mendiskriminasi kaum bukan Melayu tetapi ‘tongkat’…










