Melaka negeri perintis projek NCP - Utusan Malaysia

Melaka negeri perintis projek NCP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Melaka menjadi negeri perintis untuk pelaksanaan projek perintis Pelan Perhubungan Antarabangsa (NCP) yang akan melibatkan seramai 1,100 kediaman di tiga buah kawasan perumahan.

MELAKA 6 Sept 2018 Pengerusi Tenaga Nasional Bhd(TNB) Leo Moggie di sidang akhbar majlis Pengumuman Projek Rintis TNB dalam menjayakan National Connectivity Plan(NCP) di TNB Jasin Melaka di sini hari ini. Gambar: Azli Ahad pemberita: Harith (am) advertorial TNB dan Diyana Atiqah (kosmo)

Projek itu akan membolehkan penduduk yang tinggal di Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Kemendor menikmati akses internet berkelajuan tinggi dengan kemudahan teknologi fiber optik yang disediakan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie (gambar) berkata, pemasangan infrastruktur itu akan dilakukan secara berperingkat selepas perbincangan bersama kerajaan negeri dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“TNB dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah diminta untuk bersama-sama mengambil peranan mempercepatkan inisitif kerajaan ini.

“Kami akan memasang kemudahan teknologi fiber optik di 1,100 kediaman di Jasin yang membolehkan penduduk mendapat akses kepada rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung Majlis Pengumuman Projek Rintis TNB Bagi Menjayakan NCP di TNB Jasin di sini semalam.

Mengulas lanjut, Moggie menjelaskan, projek rintis itu juga akan dilaksanakan bagi menilai aspek teknikal, keselamatan dan seterusnya menentukan daya komersial kemudahan infrastruktur berkenaan.

“Melalui projek rintis ini, TNB akan meneroka potensi menggunakan aset telekomunikasi untuk program ini dan kita akan menilai keberhasilannya untuk menentukan kemungkinan pelaksanaan komersial yang lebih meluas ke seluruh negara awal tahun hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN