Entah berapa banyak jiwa yang parah dan galau berjaya dipulihkan DJ Lin dan Fizi Ali dengan alunan suara mereka di corong radio. Dua figura itu tidak perlukan rupa paras seperti Syed Saddiq atau Mira Filzah untuk menangkap jiwa pendengar. Cukup dengan kelunakan suara dan putaran lagu yang menggetar rasa, slot kendalian Lin iaitu Suria Cinta dan Fizi menerusi Team Pagi Suria, kedua-duanya berjaya membuai hati pendengar stesen radio Suria FM.…











