MCA, UMNO belum belajar daripada kekalahan - Utusan Malaysia

MCA, UMNO belum belajar daripada kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Parti MCA dan UMNO disifatkan masih tidak memahami kehendak rakyat Malaysia baharu yang diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) apabila dilihat kekal memainkan sentimen kaum dalam kempen pilihan raya kali ini.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, kedua-dua parti masih degil dan tidak mengambil iktibar daripada kekalahan mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu melalui mesej yang disampaikan rakyat.

“Hakikatnya, MCA dan UMNO tidak akan bersatu kerana UMNO membawa sentimen Melayu manakala MCA pula hanya untuk masyarakat Cina sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat hari ini mahukan suasana Malaysia baharu iaitu membangunkan negara sebagai anak Malaysia dan bukannya mengenai sentimen perkauman, lagi “ katanya ketika ditemui ketika hadir program kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bersama calon PH, Wong Siew Ki di Kampung Baru, Sungai Chua dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini