PULAU PINANG 24 Sept. – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan untuk menyalahkan UMNO sahaja selaku parti komponen paling besar dalam Barisan Nasional (BN) ekoran kekalahan parti gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Tiong Lai sepatutnya perlu lebih berfikiran rasional dan tidak mudah ‘melatah’ dalam isu penggabungan antara UMNO dan…










